Connect with:




Kita selalu melihat influencer berceloteh di akaun media sosial mereka sama ada mempromosikan produk atau pun bergurau senda dengan rakan-rakan mereka.

Apa agaknya reaksi mereka bila perlu berdepan aktiviti-aktiviti lasak yang mencabar adrenalin?

Reaksi tersebut boleh disaksikan menerusi segmen baharu yang dikeluarkan Dunia Sukan menerusi koloborasi bersama syarikat produksi Whitebox Studio.

Dihoskan oleh Darina Zarin, segmen 12 episod ini akan membawa influencer media sosial melakukan aktiviti-aktiviti mencabar mental dan fizikal mereka seperti bungee jumping, paragliding dan banyak lagi.

Antara influencer yang akan ‘dikenakan’ dalam segmen ini nanti ialah Haiqal Din dari Thinker Studio, Sterk Production, MTAS Production dan ramai lagi.

GayatWei boleh mula ditonton di laman youtube Dunia Sukan pada setiap Selasa jam 8 malam bermula 4 September ini.