Connect with:




Pemain golf nombor satu Malaysia, Gavin Kyle Green berjaya menamatkan musim ini dengan penuh bergaya.

Beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Jelajah Asia 2017, selepas tamatnya Indonesia Masters di Jakarta.

Beliau meraih pengiktirafan itu melalui proses pengundian oleh rakan pesaingnya selepas mencatat musim cemerlang dengan meraih gelaran Jelajah Asia pertamanya di Taiwan Masters, selain tiga kali menduduki tempat kedua pada Terbuka India, Yeangder Heritage di Taiwan dan Terbuka Shinhan Donghae di Korea Selatan.

Pemain golf terkemuka negara itu meraih musim yang cemerlang apabila muncul pemain Malaysia pertama memenangi gelaran Order of Merit Jelajah Asia, sejak Jelajah Asia ditubuhkan pada 2004.

Kenangan manis buatnya apabila beliau juga meraih kategori pukulan paling jauh selepas mencatat purata 287 meter pukulan tee-off.

Berikut merupakan beberapa fakta menarik tentang dunia golf.

Foto Kredit : theinternational.com

-Golf adalah olahraga yang bermanfaat bagi kesihatan.
Seorang dengan berat 79 kg, ketika bermain golf untuk satu jam ,kalorinya akan terbakar sebanyak 460 kalori. Jika seseorang itu bermain dengan 9 lubang, maka dia dianggap belari sebanyak 4 KM

-Istilah “caddy” berasal dari bahasa Perancis “cadet” bermaksud anak kecil, yang diucapkan dengan cad-DAY.

-Istilah “birdie” berasal dari orang Amerika bernama Ab. Smith. Ketika beliau bermain golf pada tahun 1899, dia bermain dengan apa yang digambarkan sebagai “bird of a shot”, yang kemudian istlah tersebut menjadi “birdie”.

-Lapangan golf tertinggi di dunia adalah Tactu Golf Club di Morococha, Peru, yaitu di ketinggian 14.335 kaki di atas permukaan laut.

-Lapangan golf terpanjang dunia adalah International Golf Club di Massachussets. Lapangan ini dengan par 77 yang panjangnya 8325 yard.

-Lubang golf terpanjang di dunia adalah sejauh 909 yard lubang ke-7 (par 7) di Sano Course di Satsuki Gold Club di Jepun.

-Menurut aturan tahun 1939, pemain golf dibatasi hanya membawa 14 tongkat golf di tasnya dan yang digunakan hanya empat tongkat. Sekarang pemain golf bisa membawa banyak tongkat golf dengan berbagai jenis bahan dan model.

Foto Kredit : Twitter (@asiantourgolf)