AFP: Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) tidak menyenaraikan Juara dunia 100 meter, Justin Gatlin dalam senarai calon Anugerah Atlet Dunia Tahunan IAAF 2017.

Nama Gatlin seperti disisihkan ketika IAAF menamakan 10 calon lelaki dan wanita yang berada dalam senarai berkenaan.

Senarai calon bagi anugerah kali ini diketuai juara dunia 10,000m dari Britain, Mo Farah dan bintang 400m Afrika Selatan, Wayde van Niekerk.

Bagi calon wanita pula, Sally Pearson dari Australia antara diletakkan sebagai pilihan utama selain juara dunia 800m dari Afrika Selatan, Caster Semenya.

Bagaimanapun, ketiadaan Gatlin bukan sesuatu yang mengejutkan selepas IAAF mengubah peraturan badan induk itu pada 2015 yang mana atlet yang pernah dikenakan penggantungan kerana kes doping tidak boleh disenaraikan.

Gatlin yang pernah digantung kerana dua kali gagal dalam ujian doping mengejutkan dunia apabila memenangi acara 100m di Kejohanan Dunia di London, mengatasi atlet Jamaica, Usain Bolt yang sekadar meraih gangsa.

Gatlin juga tidak tersenarai pertama kali sejak tahun 2004 yang menyaksikan juara dunia atau Olimpik acara 100m tidak tersenarai bagi merebut anugerah atlet terbaik.

Foto Kredit: The Independent