Peluang buat pemain muda badminton negara Chen Tang Jie apabila digandingkan dengan pemain berpengalaman Goh Liu Ying.

Beregu campuran ini memulakan latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) kelmarin bagi menghadapi kejohanan akan datang.

Kejohanan pertama beregu baru ini ialah India International Challenge,Mumbai pada 29 November hingga 3 Disember dan di aldives International Challenge di Male bermula 5 hingga 10 Disember.

Pemuda berusia 19 tahun itu menganggap gandingan ini sebagai pembakar semangat buatnya bagi menghadapi perlawanan di peringkat antarabangsa.

Buat masa ini, tiada tekanan dirasai Chen Tang Jie namun harapan yang tinggi disandarkan kepadanya dan keputusan yang cemerlang ingin dilihat antara dua gandingan ini.

Sementara itu, kecederaan bahu yang dialamai Liu Ying ketika Sukan Olimpik Rio 2016 memaksa dia berehat selama enam bulan.

Lantaran itu,Liu Ying terpaksa berpisah dengan pasangannya Chan Peng Soon yang kini berganding dengan Cheah Yee See.

 

Foto Kredit: FB Chen Tang Jie