Connect with:




Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool  sememangnya berseteru dengan The Red Devils, Manchester United sejak 125 tahun yang lalu.

Tetapi, nampaknya kini bintang kedua-dua kelab berkenaan tidak menghiraukan permusuhan bersejarah yang sudah lama menguasai arena bola sepak Inggeris.

Hal ini dibuktikan apabila bintang Manchester United, Paul Pogba memuat naik foto terbahru yang menggandingkan dirinya bersama hero kelab Liverpool, Mohamad Salah di laman sosial miliknya.

“Sedang berkomplot dengan Raja Mesir,” tulis Pogba pada kapsyen.

Ia sekaligus mengundang kecaman netizen yang menganggap foto tersebut mencalarkan imej kelab tersebut.

Selain menyifatkan foto berkenaan sebagai suatu kesalahan, segelintir peminat turut meminta Pogba agar tidak menjalinkan persahabatan dengan Salah.

“Kenapa kamu ambil gambar dengan pemain Liverpool?” soal seorang peminat.

“Saya tidak suka dengan gambar ini, sila buang,” kecam seorang peminat.

“Dulu, pemain MU tak akan bergambar dengan lawan mereka, kini semua telah berubah,” tulis seorang lagi peminat.

Namun, disebalik kecaman tersebut ada juga yang memuji gambar tersebut.

Mereka menganggap sukan bola sepak mampu menyatukan pemain yang berbeza latar belakang kerana mereka juga berhak bersahabat dengan pemain dari pasukan lawan.

Foto: Paul Pogba