Connect with:




Kita sering ingin mengetahui gaji pemain bola sepak berapa namun, tahukah kita gaji seorang pengadil lebih lebih lagi pengadil Piala Dunia 2018?

Gabungan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah mengumumkan senarai pengadil untuk Piala Dunia 2018 dan senarai pembantunya pada tahun lepas dan laporan dalam berita Itali juga mendedahkan jumlah yang perlu dibayar kepada pengadil di Piala Dunia nanti.

Setiap pengadil dalam senarai akhir akan dibayar $70,000 (RM 271,215.00) sebagai gaji atas tugasannya dipadang ditambah $3,000 (RM 11,623.50) lagi untuk setiap perlawanan.

Acara bola sepak dunia paling berprestij itu dijadualkan akan berlangsung pada Jun dan FIFA memilih pegawai pengadil dan pembantu pengadil yang terbaik dalam dunia semasa kejohanan itu berlangsung.

Selepas Piala Dunia 2010 diadakan, banyak perubahan yang dilaksanakan untuk pengadil yang membuat penampilan dalam perlawanan.

Berapa banyak gaji yang dibayar untuk perlawanan Piala Dunia? Perbandingan antara gaji pengadil Piala Dunia dengan gaji pengadil Liga Juara-Juara itu berbeza sebanyak 20%.

Sesuatu perlawanan diadili oleh tiga anggota pengadil iaitu ketua pengadil dan dua orang ‘lines-man’. Tugas lines-man membantu ketua pengadil semasa perlawanan untuk membuat keputusan sama ada tendangan sudut, ‘free kick’, ‘fouls’ atau memberikan kad kepada para pemain.

Pada tahun 2010, terdapat satu laporan yang mendedahkan jumlah bayaran yang diperolehi oleh pengadil kejohanan bola sepak di Piala Dunia sebanyak $ 50,000 (RM 193,625) dari kejohanan keseluruhan.

Berikut merupakan gaji yang dari sumber bola sepak yang dipercayai:-

 

NO NAMA KEWARGANEGARAAN BAYARAN
1 Cüneyt CAKIR  

Turkey

$70,000
2 Felix BRYCH  

Jerman

$70,000
3 Sergey KARASEV Rusia

 

$70,000
4 Bjorn KUIPERS Netherlands

 

$70,000
5 Szymon MARCINIAK Poland

 

$70,000
6 Antonio Miguel MATEU LAHOZ                 Sepanyol $70,000
7 Milorad MAZIC  

Serbia

$70,000
8 Gianluca ROCCHI Itali

 

$70,000
9 Damir SKOMINA Rusia

 

$70,000
10 Clement TURPIN Perancis

 

$70,000
11 Julio BASCUÑAN Chile

 

$70,000
12 Enrique CACERES Paraguay

 

$70,000
13 Andres CUNHA Uruguay

 

$70,000
14 Sandro RICCI Brazil

 

$70,000
15 Nestor PITANA Argentina

 

$70,000
16 Jair MARRUFO Amerika Syarikat

 

$70,000

Berapa banyak jumlah yang diperolehi ‘lines-man’ semasa perlawanan Piala Dunia? Menurut laporan sumber, mereka boleh mendapat sebanyak $ 2,000 ( RM7,745) dari setiap yuran perlawanan. Secara keseluruhannya, seramai 36 orang pengadil dipilih untuk Piala Dunia 2018. Kalau pengadil yang lebih senior dan berpengalaman pasti akan mendapat lebih dari pengadil amatur di Piala Dunia.

*Saksikan Ole Extra bersama pengadil Malaysia pada malam ini (27 Mac 2018) pukul 8.30 malam di Youtube Channel Dunia Sukan.