Pengurus Manchester United, Jose Mourinho didakwa oleh pihak berkuasa Sepanyol di atas kegagalan membayar cukai sebanyak 3.3 juta euro (RM15.7 juta) ketika menjadi ketua jurulatih di Real Madrid.

Mourinho yang pernah mengendali kelab tersebut (Real Madrid) pada tahun 2010 hingga 2013 didawa atas dua kesalahan terhadap perbendaharaan awam, menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat pendakwa.

Tambah kenyataan tersebut, Mourinho gagal mengumumkan hasil pencariannya sebanyak 1.6 juta euro (RM7.6 juta) pada tahun 2011 dan 1.7 juta euro (RM8.1 juta) pada tahun 2012.

Tuduhan itu timbul selepas pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo juga didakwa mengelak cukai sebanyak 14.7 juta euro (RM70 juta) melalui syarikat luar yang berpangkalan di British dan Ireland, yang terkenal dengan kadar cukai syarikat yang rendah.

Mereka berkata pemain itu hanya mengisytiharkan 11.5 juta euro (RM54 juta) pendapatan di Sepanyol dari tahun 2011 hingga 2014, sedangkan apa yang diperoleh pada ketika itu adalah hampir 43 juta euro (RM205 juta).