Bekas penggempur serangan Johor Darul Ta’zim (JDT) Gabriel Guerra, menyifatkan bahawa dia tidak akan ke pangkuan PKNS FC walau pasukan itu ingin mendapatkan khidmatnya.

 

Dengan kenyataan itu sekali gus sudah melenyapkan impian PKNS untuk mendapatkan penyerang dari Argentina itu.

 

Dia juga enggan memberikan sebarang komen berikutan daripada dia digugurkan dari skuad JDT minggu lepas.

 

Keputusan drastik JDT menggugurkan seorang lagi pemain import mereka, Gonzalo Cabrera telah memeranjatkan keseluruhan peminat JDT kerana pemain itu dilihat menjadi tulang belakang pasukan JDT untuk memenangi Liga Super dan Piala Malaysai musim ini.

 

Foto Kredit: semuanya JDT