Connect with:




Pasukan futsal wanita negara memulakan kempen Kejuaraan Futsal Wanita AFC 2018 di Thailand dengan langkah kanan selepas membelasah pasukan Bangladesh 7-1 dalam perlawanan pembukaan.

Malaysia yang dibimbing oleh Addie Azwan Zainal tidak menunggu lama untuk merobek gawang Bangladesh melalui dua jaringan awal permainan oleh Hanis Azizan pada minit ke-3 dan Zurain minit ke-4.

Gol-gol lain dijaringkan oleh Asnidah Zamri (m-18), Shazreen Munazli (m-19,40), Nuratiqah Rashid m-(19) dan Intan Serah (m-22).

Selepas ini Malaysia akan bertemu Chinese Taipei pada 4 Mei sebelum menentang Vietnam dua hari kemudian.

Foto Kredit : Arena Futsal Malaysia