Connect with:




Pihak France Football telah mengeluarkan senarai 30 calon Anugerah Ballon d’Or 2018, jelas tidak banyak kejutan jika melihat kepada senarai calon yang dikeluarkan.

Bermula tahun 2016, Ballon d’Or sudah tidak lagi bersama FIFA dan hal itu menjadikan pengiktirafan yang digagas France Football sejak tahun 1950-an ini kembali menjadi satu penghargaan yang mandiri.

Untuk tempoh sedekad terakhir, hanya dua nama iaitu Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo yang sentiasa mendominasi anugerah Ballon d’Or mahupun Anugerah Pemain Terbaik FIFA.

Namun melihat kepada pencapaian Luka Modric memecahkan tembok penguasaan Messi dan Ronaldo bagi merampas Anugerah Pemain Terbaik FIFA 2018 baru-baru ini memberi isyarat bahawa saingan untuk merebut gelaran Ballon d’Or musim ini masih terbuka lebar.

Dari 30 nama awal yang tersenarai, hanya 3 terbaik akan mengharungi undian peringkat akhir bagi bersaing merebut anugerah berprestij itu.

Pemenang akan diumumkan dalam majlis yang bakal berlangsung di Paris, 3 Disember nanti dan jika melihat kepada senarai 30 terakhir, saingan nyata sengit untuk menilai siapakah yang paling layak meraih gelaran.

Pada masa sama, France Football membuat inovasi baru yang cukup menarik musim ini apabila memperkenal anugerah baru iaitu Anugerah Kopa Trophy.

Anugerah Kopa Trophy bakal menjadi rebutan buat pemain muda berusia bawah 21 tahun yang mempamerkan aksi menakjubkan pada setiap musim dan ianya persis dengan anugerah Golden Boy Award.

Diberi nama sempena lagenda bola sepak Perancis era 50-an iaitu Raymond Kopa, anugerah yang bakal disampaikan buat julung kalinya itu nanti bakal melibatkan 10 calon pemenang dan nama seperti Kylian Mbappe serta Gianluigi Donnarumma disebut-sebut bakal meraih anugerah berkenaan.

Namun saingan daripada nama-nama yang masih asing di telinga peminat bola sepak dunia seperti bintang muda Jepun yang kini membarisi FC Gronongen, Ritsu Doan dan juga bintang muda Santos, Rodygo tidak boleh dipandang dienteng.

 

Berikut adalah senarai 30 calon Anugerah Ballon d’Or 2018 dan 10 calon Anugerah Kopa Trophy :

30 Calon Anugerah Ballon d’Or 2018

Sergio Aguero (Argentina / Manchester City), Alisson Becker (Brazil / Liverpool), Kevin de Bruyne (Belgium / Manchester City), Roberto Firmino (Brazil / Liverpool), Paul Pogba (Perancis / Manchester United), Mohamed Salah (Mesir / Liverpool), Eden Hazard (Belgium / Chelsea), Harry Kane (England / Tottenham Hotspur), N’Golo Kante (Perancis / Chelsea) Hugo Lloris (Perancis /Tottenham Hotspur), Sadio Mane (Senegal/Liverpool).

Gareth Bale (Wales/Real Madrid), Karim Benzema (Perancis/ Real Madrid), Edinson Cavani (Uruguay / Paris Saint-Germain), Thibaut Courtois (Belgium / Real Madrid), Cristiano Ronaldo (Portugal / Juventus), Isco (Sepanyol / Real Madrid), Diego Godin (Uruguay / Atletico Madrid), Antoine Griezmann (Perancis / Atletico Madrid), Mario Mandzukic (Croatia / Juventus).

Marcelo (Brazil/Real Madrid), Kylian Mbappe (France/Paris Saint-Germain), Lionel Messi (Argentina/Barcelona), Luka Modric (Croatia/Real Madrid), Neymar (Brazil/Paris Saint-Germain), Jan Oblak (Slovenia/Atletico Madrid), Ivan Rakitic (Croatia/Barcelona), Sergio Ramos (Spain/Real Madrid), Luis Suarez (Uruguay/Barcelona), Raphael Varane (France/Real Madrid).

10 Calon Anugerah Kopa Trophy

Trent Alexander-Arnold (England/Liverpool), Houssem Aouar (France/Lyon), Patrick Cutrone (Italy/AC Milan), Ritsu Doan (Japan/Groningen), Gianluigi Donnarumma (Italy/AC Milan), Amadou Haidara (Mali/Red Bull Salzburg), Justin Kluivert (Netherlands/AS Roma), Kylian Mbappe (France/Paris Saint-Germain), Christian Pulisic (USA/Borussia Dortmund), Rodrygo (Brazil/Santos).