KUALA LUMPUR : Hal ini tidak mustahil. Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali mengenai Grand Prix Malaysia yang berakhir kelmarin mungkin bukan perlumbaan Formula Satu (F1) terakhir di Sepang.

Menurutnya, peluang untuk perlumbaan kereta berteknologi tinggi itu kembali ke Malaysia bergantung kepada beberapa faktor.

“Saya tidak menjanjikan apa-apa, mungkin F1 akan kembali ke Malaysia dalam masa lima tahun lagi,”
“Segala kajian terperinci perlu dilakukan dan promosi yang efektif juga harus dijalankan agar lebih ramai yang datang untuk menyaksikan perlumbaan ini”

Razlan menegaskan bahawa SIC memiliki kapasiti 130,000 penonton,kalau hanya boleh isi 40,000,saya rasa tak berbaloi untuk sambung semula.

Kutipan yang tidak memberangsangkan ini mungkin disebabkan oleh tiada tarikan konsert artis antarabangsa seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Sepanjang bergelar tuan rumah, penganjuran F1 sering disogok dengan konsert selepas perlumbaan yang mana artis-artis antarabangsa kita bawa untuk mengadakan persembahan. Saya tidak mahu penonton yang datang hanya ‘ditarik’ untuk menyaksikan persembahan artis sahaja”, katanya.

Rata-rata negara yang menganjurkan perlumbaan F1 seperti Singapura, Abu Dhabi dan juga Amerika Syarikat meletakkan hiburan sebagai tarikan utama, SIC cukup keberatan untuk mengikut jejak langkah negara-negara berkenaan.

F1 meninggalkan kesan yang mendalam kepada Malaysia dan ramai yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa Sepang tidak lagi menjadi tuan rumah.

Foto Kredit: GP Malaysia