Connect with:




Kejayaan Liverpool meraih kejuaraan Eropah mereka untuk kali keenam disambut dengan meriah termasuk para penyokong mereka di Malaysia.

Bagi peminat The Reds di Malaysia, salah satu untuk meraikan detik kegembiraan tersebut adalah dengan membeli barangan dan memoribilia istimewa yang mengingatkan mereka akan malam penuh gemilang di Madrid itu.

Liverpool sendiri ada mengeluarkan koleksi-koleksi tersebut namun harga yang ditawarkan dilihat sedikit mahal malahan peminat di Malaysia hanya boleh mendapatkannya menerusi pembelia secara talian.

Menyedari perkara tersebut, butik bolasepak terkemuka negara, Football Republic memberi peluang buat peminat Liverpool mendapatkan barangan eksklusif tersebut dengan harga yang cukup berpatutan.

Dua baju istimewa meraikan kejayaan Liverpool iaitu rekaan salah seorang penjaring, Divock Origi serta kemenangan keenam Liverpool boleh dibeli dengan harga bermula RM 49 hingga RM 59 sahaja.

Penjualan ini adalah hasil kerjasama yang dijalinkan antara Liverpool FC denngan Al-Ikhsan Sports yang telah dimeterai April lalu.

“Menerusi koleksi ekslusif ini, kami percaya peminat dapat menzahirkan sokongan dan rasa bangga mereka kepada Liverpool”kata Vach Pitula, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports.

Selaku pemegang lesen, koleksi ini hanya boleh dibeli di Al-Ikhsan Sports dan Football Republic di seluruh semenanjung Malaysia.

Peminat juga boleh mendapatkan jersi terbaharu Liverpool untuk musim 2019/2020 di Football Republic serta butik Al-Ikhsan.