Atlet paralimpik negara,Muhammad Ziyad Zolkefli mahu mempertahankan pingat emas yag dimenanginya pada Sukan Para Asia di Incheon pada edisi 2014.

Disebabkan itu, Ziyad kini lebih fokus dalam latihannya bagi membolehkannya menggapai kembali pencapaiannya.

Susulan itu, Ziyad akan berlatih di German pada Februari dan bakal menyertai satu kejohanan paralimpik di Dubai pada Mac tahun depan.

Berikut merupakan sedikit fakta tentang Ziyad “Raja lontar Peluru Malaysia”.

  • Ziyad kini berusia 27 tahun
  • Ziyad menghidap masalah pembelajaran (intellectual impairment) dan ia dikenal pasti ketika beliau berada di bangku tadika.
  • Ziyad merupakan anak sulung daripada empat beradik.

Menceburkan diri dalam sukan lontar peluru :

  • Ziyad mula menceburi sukan ini sejak tahun 2008.
  • Ziyad membuat kemunculan pertama dalam Kejohahan Paralimpik di London pada tahun 2012, dan ketika itu beliau berjaya memenangi pingat gangsa.
  • Beliau pernah memenangi pingat emas kategori F20 lelaki dalam Kejohanan Olahraga Dunia JawatanKuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) pada tahun 2013.
  • Selain itu,  Ziyad turut raih pingat emas dalam Sukan Para Asia yang berlangsung pada tahun 2014.

 

Selepas kemenangannya dalam Kejohanan Dunia 2013, Ziyad diiktirafkan sebagai Atlet Paralimpik Negara Terbaik bagi tahun 2013 oleh Anugerah Sukan Negara.

 

Foto Kredit : Asiana.my