Connect with:




Pemain muda Manchester City, Phil Foden perlu mengikut jejak langkah Jadon Sancho sekiranya mahu kariernya pergi lebih jauh.

Foden adalah antara pemain muda paling berbakat di England dan pada usia 18 tahun dia sudah menjadi pemain tetap skuad utama Pep Guardiola.

Namun, Foden belum pernah diturunkan dalam kesebelasan utama City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bagaimanapun, pemain kelahiran Stockport itu telah membuat 21 pernampilan dalam semua pertandingan musim ini bersama City dan telah menghasilkan lima gol.

Menurut bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, Foden perlu meninggalkan City dalam usaha mendapatkan lebih banyak peluang beraksi dalam kesebelasan utama.

“Dia mempunyai potensi yang hebat, tetapi dia tidak mempunyai minit permainan yang cukup untuk menunjukkan kelebihan yang dia ada.

“Dia tidak akan mendapat peluang itu di City. Sancho juga sama sepertinya, jadi itu sebab mengapa dia mengambil keputusan untuk meninggalkan City.

“Dia mahukan aksi bola sepak yang konsisten dan memilih untuk ke Borussia Dortmund. Dan kini dia sudah membuktikan keputusannya itu tepat. Sancho kini adalah pemain yang bernilai £100 juta pound (RM537 juta)”, tambah Ferdinand.

Sancho berpindah ke Jerman pada tahun 2017 dan pemain sayap yang seusia dengan Foden sudah menjadi pemain yang bernilai pada musim ini.

Sancho muncul watak utama dalam membantu Dortmund mencabar gelaran Bundesliga dengan menjaringkan 23 gol dalam 32 penampilan dan mendapat panggilan sulung untuk skuad England.

FOTO : Sportskeeda