Connect with:




Hanya dalam tempoh 139 saat sahaja cukup untuk memberikan kemenangan kepada Floyd Mayweather dalam aksi pertunjukkan menentang Tenshin Nasukawa di Tokyo, semalam.

Nasukawa, atlet kickboxing yang memegang rekod 28 kemenangan tanpa kekalahan sebelum pertarungan memberi amaran untuk menewaskan Mayweather dengan satu tumbukan sahaja.

Bagaimanapun, pertarungan yang dilangsungkan dalam format tinju itu jelas menunjukkan Mayweather masih lagi berbisa walaupun sudah bersara sejak pertarungan terakhirnya menentang Connor McGregor, dua tahun yang lalu.

Nasukawa kelihatan menangis selepas ditewaskan dengan mudah sebaik sahaja pengadil menghentikan pertarungan. Dia kemudian ditenangkan oleh Mayweather.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tenshin. Ini hanyalah pertarungan pertunjukan, ia tidak akan masuk ke dalam rekod” kata Mayweather.

“Saya dan dia (Nasukawa) masih lagi juara yang tidak pernah kalah. Nasukawa seorang juara dan tetap pertarung yang hebat” tambanya lagi.

Mayweather turut mengesahkan beliau tetap dengan keputusan untuk terus bersara walaupun terdapat desas desus untuk membawanya kembali bertarung dengan Manny Pacqiao, tahun ini.