Connect with:




Siapa sahaja yang tak kenal bekas peninju dunia, Floyd Mayweather. Beliau masih mahu membiarkan semua orang tahu bahawa beliau adalah seorang  “Money Man” atau lelaki yang berduit.

Bintang berusia 41 tahun itu bersara daripada arena tinju pada tahun lepas dengan rekod kemenangan sempurna 50-0.

Namun, beliau suka menghabiskan banyak masanya dengan mengira wang tunai apabila berkongsi gambar terbaru yang menunjukkannya bersama kepingan wang kertas yang banyak di Instagramnya.

Mayweather, yang kelihatan seperti sedang memerhatikan nasibnya, menjelaskan imej itu dengan menulis: “Saya memuat turun gambar seperti ini untuk memberi motivasi kepada ‘haters’ saya untuk sentiasa bekerja keras.”

Walau bagaimanapun, perkara tersebut bukanlah satu-satunya gambar yang mempamerkan kekayaan Floyd.

Belia juga menghantar video yang sedang diurut dalam jet persendiriannya kepada 20juta orang pengikut di platform yang sama.

“ Servis diraja.. urutan peribadi di jet peribadi saya. Anda bercakap tentang seorang putera bersama seorang puteri tetapi saya adalah seorang raja bersama ramai permaisuri,” tulisnya sebagai kepsyen di video itu.

Sementara itu, Mayweather berhenti dari dunia tinju pada kemuncak kerjayanya selepas menumpaskan McGregor pada Ogos tahun lepas.

Foto Kredit: Instagram Mayweather