Liverpool meneruskan rentak cemerlang Liga Perdana Inggeris mereka dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara Eropah apabila mengecewakan jaguh Perancis, PSG 3-2 di Anfield awal pagi tadi.
Penyerang England, Daniel Sturridge terlebih dahulu meletakkan The Kops dihadapan melalui tandukan cantik hasil hantaran lintang dari Andy Robertson pada minit ke-30 perlawanan sebelum James Milner menjadikan 2-0 melalui sepakan penalti pada minit ke-36 selepas Juan Bernat menjatuhkan Gini Wijnaldum.
PSG cuba merapatkan kedudukan melalui 2 gol dari Kylian Mbappe dan Thomas Meunier masing-masing pada minit ke-40 dan 83.
Namun, Roberto Firmino menjadi wira Reds apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-91 perlawanan hasil rembatan cantik menewaskan penjaga gol PSG, Alphonse Aureola.
https://www.youtube.com/watch?v=1pMKmm4Zaec
Foto: CBC