Fire Dragoon (FDG) muncul juara kejohanan Counter Strike Global Offensive (CSGO) jemputan Digital Fotress setelah membenam pasukan Orange E-sport (Orange) di pusingan penentuan, pada Ahad.

Pasukan Orange terlebih dahulu memulakan langkah kanan apabila berjaya memenangi set pertama dengan kiraan mata 16-14.

Kekalahan tipis tersebut bagaimanapun tidak melemahkan semangat FDG apabila mereka bangkit menyamakan kedudukan dengan meninggalkan jurang lebih jauh 16-3 pada set kedua.

FDG berjaya mengekalkan rentak pada set penentuan sebelum akhirnya memenangi set tersebut hasil keputusan 16-7 sekali gus muncul juara antara lapan pasukan yang bertanding.

Menerusi kemenangan tersebut, FDG menerima wang tunai sebanyak RM 500 selain turut diberikan kad keahlian pusat siber tersebut yang terletak di Sri Hartamas ini.

“Sudah tentu saya berasa gembira di atas kejayaan FDG. Walaupun pada mulanya kami ketinggalan tetapi para pemain berjaya bangkit untuk membuat kejutan di pusingan seterusnya dan ternyata ianya berhasil,” ujar Aiman Azham, jurulatih FDG.

Kejayaan pasukan FDG itu telah meningkatkan keyakinan anak buah kendalian Aiman untuk lebih bersedia menghadapi kejohanan seterusnya yang dijangka berlangsung pada September depan.

FDG dan Orange E-Sports

1 Percent

NaCL