Connect with:




Hatrik dari Giovanni Simeone menyukarkan misi Napoli untuk memenangi kejuaraan Serie A buat pertama kali sejak 1990 selepas tewas 3-0 di tangan Fiorentina, awal pagi tadi.

Napoli yang perlu menang kesemua baki perlawanan liga musim ini terpaksa bermain dengan 10 orang sepanjang 84 minit selepas pertahanan mereka Kalidou Koulibaly dibuang padang.

Musim ini menyaksikan juara liga terpaksa ditentukan sehingga perlawanan terakhir dengan saingan antara Napoli dan Juventus.

Ahad lalu, Napoli berada di puncak liga selepas menang ke atas Juventus hasil tandukan lewat permainan oleh Koulibaly.

Walaubagaimanapun, kelebihan tersebut segera dipadam Juventus selepas mereka menang 3-2 ketika bertemu Inter Milan.

Foto Kredit : sidomi(dot)com