Minggu ini bakal berlangsungnya perlawanan final Piala Malaysia antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Shah Alam. Pertembungan ini akan menjanjikan pertandingan yang menarik antara kedua-dua kuasa besar ini.

Skuad Helang Merah akan membuat penampilan ketiga mereka di peringkat final secara berturut-turut manakala skuad Harimau Selatan akan melihat untuk menambah Piala Malaysia dalam kabinet trofi mereka selepas digelar juara Liga Super Malaysia 2017.

 

FAKTA PERTEMBUNGAN ANTARA JDT DAN KEDAH

·         Kedah telah menjulang Piala Malaysia sebanyak lima kali dalam sejarah mereka.

·         Walaupun digelar juara Liga Super Malaysia untuk empat musim berturut-turut, JDT tidak pernah memenangi Piala Malaysia.

·         JDT hanya meraih kedudukan naib juara pada tahun 2014 selepas tewas kepada Pahang.

·         Kali terakhir mereka bertemu di Piala Malaysia adalah pada tahun 2010, di mana mereka diundi dalam kumpulan yang sama.

·         Kedua-dua pasukan ini tersingkir di peringkat separuh akhir, di mana JDT kalah tipis dengan Negeri Sembilan dan Kedah tewas kepada juara akhirnya, Kelantan.

·         Perlawanan skor tertinggi antara mereka adalah kemenangan 5-1 untuk JDT dalam aksi Liga Super Malaysia pada tahun 2009.

·         Pada bahagian awal musim ini, Kedah berjaya mengatasi JDT dalam *Piala Sumbangsih. Selepas 120 minit, kedua-dua pasukan diikat seri 1-1 namun Kedah raih kemenangan 5-4 menerusi penalti.

 

*Piala Sumbangsih adalah perlawanan bola sepak Malaysia tahunan yang dimainkan antara pemenang Liga Super Malaysia dan Piala Malaysia.

 

Foto Kredit: Asiana