Perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mudah melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Yonex ALL England apabila mudah menewaskan pemain Korea yang berada di ranking ke-8 dunia, Lee Hyun II, 21-19,21-18 dalam masa 45 minit di National Indoor Arena, Birmingham, England.

Ini adalah perlawanan akhir keempat buat Chong Wei dalam kejohanan ini dan bakal menentang jaguh China yang juga pemain nombor dua dunia, Lin Dan yang menewaskan Kenichi Tago dari Jepun dengan keputusan 21-18, 21-17.

Sekiranya Chong Wei berjaya menumbangkan Lin Dan, Chong Wei bakal menyamai rekod yang dilakukan lagenda badminton negara, Wong Peng Soon dalam kejohanan ini yang telah mencipta hatrik dari tahun 1950 sehingga 1952. Chong Wei ketika ini telah memenangi untuk edisi 2010 dan 2011.

Sementara itu, pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying gagal mencipta sejarah untuk melangkah ke pentas final apabila tewas kepada pasangan Indonesia, Ahmad Tontowi-Liliyana Natsir, 25-27, 21-16 dalam permainan sengit yang mengambil masa  47 minit.

Walaubagaimanapun, dengan berjaya ke peringkat separuh akhir sudah memadai kerana mereka bukanlah antara pilihan utama dalam kejohanan ini.