Connect with:




Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) menolak rayuan skuad hoki lelaki negara untuk mendapatkan slot automatik ke Sukan Olimpik 2020 melalui tiket naib juara Sukan Asia.

Melaysia yang memenangi pingat perak Sukan Asia 2018 bulan lalu menyaksikan mereka gagal menempah tiket kelayakan automatik ke Sukan Olimpik 2020.

Dalam pada itu, FIH menjelaskan Malaysia harus berdepan pusingan kelayakan sama seperti pasukan lain bagi merebut tempat ke sukan berprestij itu.

Ketua Pegawai Eksekutif FIH, Thiery Well turut menegaskan bahawa pihaknya tidak terbabit dalam menetapkan sistem kelayakan ke Sukan Olimpik sebaliknya sistem tersebut di bawah kelolaan IOC dan mustahil untuk mereka mengubahnya.

Kesatuan Hoki Malaysia (KHM) yang mendapat sokongan Persekutuan Hoki Asia (AHF) telah menghantar surat pertimbangan agar skuad Malaysian Tigers diberikan kelonggaran kerana Jepun yang muncul selaku juara Sukan Asia sudah pun mendapat slot automatic untuk Olimpik 2020 sebagai tuan rumah.

Memetik laporan Utusan, presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal memberitahu pihaknya akan menunggu jawapan rasmi daripada pihak FIH berhubung perkara tersebut pada kongres FIH yang berlangsung November depan. .

Sementara itu, pasukan hoki wanita India yang muncul sebagai naib juara di Jakarta juga mengemukakan rayuan yang sama.