Connect with:




Kerancakan Malaysia Futsal Premier League yang berlangsung ketika ini menarik perhatian ramai peminat sukan futsal di Malaysia.

Salah seorang bintang yang sering mencuri tumpuan ialah Muhammad Fariq Mohammad. Selain menjadi ketua pasukan Selangor, Fariq juga antara peledak utama pasukan. Sehingga 19 Ogos, Fariq telah mencetak 10 gol untuk Selangor.

Banyak jaringan menarik telah dihasilkan, membuatkan ramai tertanya-tanya apakah rahsia yang membuatkan Fariq begitu tajam dan padu di atas gelanggang.

Tidak dinafikan bakat dan kerja keras adalah faktor utama yang membawa Fariq berada di mana dia berada sekarang. Selain itu, ‘senjata’ utama iaitu kasut yang dipakai juga tidak kurang pentingnya.

Musim ini, Fariq menggunakan Pro Qatto XIII keluaran jenama yang terkenal dengan sukan futsal, FIGOS. Pro Qatto XIII mempunyai sistem L (L-System) dibahagian permukaan dimana ia bersifat lembut sekaligus memberikan lebih fleksibiliti kepada pergerakan.

Penggunaan hexa foam di bahagian dalam kasut sebagai kusyen dan juga ruang pengudaraan memberikan keselesaan kepada pemakai. Bahagian luar dan tapak yang menggunakan getah pula dilengkapkan dengan ciri anti-slip (anti tergelincir) dan lebih mencengkan terhadap permukaan gelanggang.

Jika anda sedang mencari kasut futsal ketika ini, FIGOS Pro Qatto adalah kasut pilihan yang tepat. Fariq sudah pun membuktikannya.