Connect with:




Jenama sukan tempatan iaitu Figos bakal melancarkan satu produk kasut bola sepak dan futsal baharu bulan ini bersempena dengan musim bola sepak 2018/2019 yang sedang berlangsung.

Menurut Pengarah Urusan Figos Malaysia, Tang Kok Wai berkata, rekaan kasut yang bakal ditampilkan kali ini mempunyai kelainan yang akan membuatkan pemain merasa lebih selesa dari segi kualiti.

“Bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk kali ini datang dari gred yang terbaik iaitu Supermicro Fiber dan teknologi baharu yang diperkenalkan terhadap kasut juga akan memberi kelebihan kepada pemakai nanti,”

“Selain itu penghasilan juga telah diambilkira dari segi rekaan yang moden serta futuristik dan datang dalam pelbagai pilihan warna,” ujar Kok Wai kepada Dunia Sukan.

Sebelum ini, Figos pernah mempunyai pelbagai produk untuk bola sepak dan futsal seperti FISU, RVF dan Pro Qatto.

Selain futsal dan bola sepak, Figos turut mempunyai produk sukan lain seperti peralatan latihan, bola keranjang, bola tampar dan bola jaring.