Connect with:




Setiap kali berlangsungnya Anugerah Pemain Terbaik FIFA, pasti akan berlaku perdebatan mengenai siapa yang selayaknya untuk merangkul anugerah tersebut.

Bagi tahun ini, bintang Barcelona dan Argentina, Lionel Messi berjaya mengetepikan seteru utamanya, Cristiano Ronaldo. Turut sama ditewaskan Messi ialah bintang Liverpool, Virgil Van Dijk yang berada di tempat kedua.

Undian ini terbuka kepada semua negara anggota FIFA dimana setiap negara mempunyai 3 wakil untuk mengundi iaitu ketua pasukan, ketua jurulatih dan media. Setiap individu perlu memilih tiga nama mengikut urutan – undian pertama menerima 5 mata, undian kedua 3 mata dan undian ketiga satu mata.

Bagi Malaysia, ketua pasukan iaitu Farizal Marlias telah memilih Lionel Messi sebagai pilihan utama diikuti Cristiano Ronaldo dan Mohamad Salah. Ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe pula memilih Van Dijk diikuti Messi dan Ronaldo. Wakil meida Malaysia, Abdul Aziz Ahmad sedikit unik – beliau memilih Kane, Ronaldo dan Mbappe.

Ini adalah beberapa senarai pemain dan jurualatih pilihan dengan undi mereka untuk anugerah tahun ini.

 

HARISS HARUN – Van Dijk / Ronaldo / Sadio Mane

LIONEL MESSI – Sadio Mane / Ronaldo / Frankie De Jong

RONALDO – De Ligt / De Jong / Mbappe

EDEN HAZARD – Sadio Mane / Van Dijk / Messi

HARRY KANE – Lionel Messi / Van Dijk / Ronaldo

HUGO LLORIS – Messi / Ronaldo / Mbappe

MANUEL NEUER – Van Dijk / Mane / Hazard

HEUNG MIN SON – Harry Kane / Van Dijk / Ronaldo

VAN DIJK – Messi / Salah / Mane