Presiden FIFA, Gianni Infantino, mempertahankan penggunaan video pembantu pengadil (VAR) ketika aksi peringkat kumpulan Piala Konfederasi di Russia.

Beliau gembira dengan penggunaan VAR yang dapat membantu pengadil membuat keputusan dengan lebih tepat.

Selain peningkatan proses itu, VAR juga telah membantu memperbaiki dari segi komunikasi, ujarnya.

“Kejohanan kali ini merupakan satu detik bersejarah kerana penggunaan video tersebut telah lama dinantikan penonton

“VAR adalah masa depan untuk bola sepak moden,” katanya.

April lalu, Infantino menyatakan teknologi itu akan digunakan pada Piala Dunia 2018 selepas menerima maklum balas yang positif daripada penonton.