Connect with:




Bekas pemain Mesir, Mido menggesa FIFA agar melarang pemain-pemain yang sedang berpuasa dari bermain dalam aksi bolasepak.

Menurut Mido, beliau berpandangan tahap intensiti permainan bolasepak Eropah boleh menyebabkan kematian kepada pemain-pemain muda.

 

Rabu lalu, dua pemain Ajax, Noussair Mazraoui dan Hakim Ziyech memulakan aksi perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Spurs dalam keadaan berpuasa sebelum kedua-dua pemain tersebut berbuka pada minit ke-22 permainan.

“Anda tidak harus membenarkan pemain berusia 18,19 tahun berlari sehingga 13km tanpa pengambilan sebarang makanan atau minuman dalam tempoh lebih 18 jam” jelas Mido dalam akaun twitter beliau.

Mido pernah beraksi untuk beberapa kelab Eropah seperti Ajax, Tottenham, Middlesbrough dan West Ham sebelum bersara pada tahun 2013. Beliau kemudiannya menjadi pengurus untuk beberapa buah kelab seperti Zamalek, Wadi Degla dan Al Wehda.