Connect with:




FIFA mengharamkan Presiden Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF), Marco Polo Del Nero daripada terlibat dalam semua kegiatan bola sepak selepas dia didapati bersalah mengambil rasuah.

Del Nero terlibat dalam kegiatan rasuah berkaitan Copa America, Copa Libertadores dan Piala Brazil.

Dia yang sebelum ini disiasat oleh FIFA kerana menggunakan kedudukannya untuk memberikan kontrak kepada syarikat media dan hak pemasaran dalam pelbagai kejohanan bola sepak.

Badan pentadbiran bola sepak dunia juga mendenda Del Nero sebanyak $1 juta, yang juga merupakan bekas eksekutif FIFA itu.

Sumber : My Metro

Foto Kredit : news(dot)obiaks(dot)com