Connect with:




FIFA digesa untuk mempertimbangkan semula England sebagai negara yang berpotensi menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 sekiranya Qatar didapati melanggar peraturan mensabotaj pesaing mereka.

Terdahulu, The Sunday Times melaporkan suatu dokumen rahsia telah bocor mengenai Qatar yang menang dalam bidaan menjadi tuan rumah telah mengunakan bekas ejen CIA dan agensi PR untuk menyebarkan dakwaan palsu tentang saingan utama mereka di Australia dan Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, FIFA telah melarang mana-mana negara yang membuat bidaan untuk mengeluarkan sebarang kenyataan megenai pencalonan persatuan ahli lain.

Menurut sumber, Qatar menyedari plot untuk menyebarkan ‘racun’ terhadap pesaingnya dan menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk mendapat kemenangan dalam bidaan mereka.

Lord Triesman, bekas Pengerusi bidaan asal kejohanan 2018 menyeru FIFA untuk menyiasat isu ini dan segera membuat keputusan.

“Kewajiban FIFA adalah untuk melihat bukti dengan teliti dan cepat serta memiliki keberanian untuk membuat keputusan yang sukar, ‘kata Triesman.

“Jika Qatar terbukti melanggar peraturan FIFA, maka mereka tidak boleh mempengerusikanPiala Dunia 2022.

‘Saya fikir tidak salah FIFA untuk mempertimbangkan semula England dalam keadaan … Kami mempunyai keupayaan.

Sementara itu, pegawai bola sepak Qatar menafikan sebarang pertuduhan dan menegaskan mereka telah ‘’mematuhi sepenuhnya peraturan FIFA’. -Reuters