Connect with:




Club Benefits Programme yang dikawal selia oleh Badan induk bola sepak dunia, FIFA mengumumkan akan membayar sejumlah hasil dari Piala Dunia kepada beberapa kelab yang mempunyai pemain yang beraksi di Piala Dunia 2018.

Secara keseluruhannya, sebanyak $209m (RM 870 juta) akan diagihkan kepada 416 kelab daripada 63 persatuan yang menyertainya.

Hal ini sekaligus menyaksikan angka tersebut menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu hampir 200 peratus berbanding Piala Dunia 2014 di Brazil.

Sehubungan itu, kelab Liga Inggeris iaitu Manchester City  menerima bayaran paling tinggi iaitu $ 5 juta (RM 20.8 juta) manakala gergasi Liga Sepanyol, Real Madrid berada di tangga kedua dengan jumlah pembayaran sebanyak  $ 4.8 juta (RM19.9 juta).

Bukan itu sahaja, FiFA juga menjelaskan bahawa sejumlah hasil juga akan disalurkan kepada kelab dari Asia, Afrika dan Amerika, bersama dengan kelab Eropah yang lain.

Kelab-kelab terpilih yang akan menerima lebih daripada $1m ( RM4 juta) termasuk Al Ahly (Mesir), Al-Hilal FC dan Al-Ahli FC (Arab Saudi), CF Pachuca (Mexico), Boca Juniors (Argentina), FC Copenhagen (Denmark) Celtic (Scotland), RSC Anderlecht (Belgium), dan Ajax dan Feyenoord (Belanda).

Perkembangan yang sama juga menyaksikan kelab-kelab lain yang turut berada dalam kelompok 10 teratas menerima pembayaran yang banyak adalah pasukan Liga Perdana Tottenham Hotspur, Chelsea dan Manchester United; Pasukan LaLiga Barcelona dan Atlético Madrid; Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain dan AS Monaco; serta Juventus juara Serie A Itali.