Lebih kurang seminggu selepas pengeluaran FIFA 18, seramai 80 peserta telah mendaftar untuk pertandingan permainan video PS4 itu di Dewan Komuniti Taman Maluri, Kuala Lumpur sempena Karnival Sukan Komuniti Ceria.

 

Pengasas MYFes Gamers, Mohd Syahril Mispardi menganjurkan pertandingan itu dengan menyediakan konsol PS4 dan televisyen untuk para pemain untuk mengambil bahagian dan mempamerkan bakat mereka.

 

“Saya sudah berada dalam industri ini selama 11 tahun, memasuki pertandingan sejak berusia 20 tahun dan seperti yang dinyatakan, ini adalah tahun ke-11 saya,” katanya.

 

Syahril, 31, hanya mampu mencapai pusingan suku akhir sebelum tewas kepada juara keseluruhan, Shige, wakil daripada kumpulan Fire Dragoon.

 

Lim Boon Shin, yang dikenali sebagai ‘Shige’ meraih juara dan hadiah wang tunai berjumlah rm800 selepas menewaskan Ali Azman Bin Mohd Zabidi di perlawanan akhir.

 

Menteri Kewangan II, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, yang juga merupakan Ahli Parlimen Titiwangsa, turut hadir untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Sukan Komuniti Ceria.

 

Beliau juga tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan kebolehannya bermain permainan video bola sepak FIFA 18.

 

Foto Kredit: Nurzai Hafiz Zaiedy Nor