SHAH ALAM: Lebih 200 peserta memeriahkan Program Feskonisel 17 Colour Run 1.0 yang diadakan di Universiti Selangor (UNISEL), Sabtu lalu.

Larian yang bermula bermula dari jam 9 pagi itu dilepaskan oleh Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor UNISEL, Prof. Dr Shaharuddin Badaruddin dengan membunyikan hon sebagai simbolik pelepasan.

“Ini merupakan anjuran kali pertama di Shah Alam kerana sebelum ini acara ini dilakukan di kampus Bestari Jaya”,

“Penganjuran kali ini bertujuan untuk merapatkan perpaduan antara pelajar dan komuniti di kawasan Shah Alam”.

Salah seorang peserta yang juga pelajar Komunikasi dan Media, Ayunni Ab Aziz berkata ,anjuran kali ini dapat menarik lebih ramai pelajar untuk bersukan disamping berhibur bersama-sama.

“Bukan setakat badan sihat malah , hujung minggu saya dapat diisi dengan perkara berfaedah seperti acara hari ini”, katanya.

Sementara itu, acara larian ini juga merupakan acara ‘pemanas badan’ sebelum menjelang hari konvokasyen Unisel ke-12 yang akan diadakan pada awal November nanti.

Feskonisel Colour Run dimulakan dengan sesi pemanasan badan dan ‘zumba’ yang diketuai oleh jurulatih yang terdiri daripada kalangan penganjur sebelum larian bermula.

Kemuncak bagi acara ini pula adalah sesi ‘Colour Mosh’ yang dinanti-nantikan para peserta.

Setiap peserta diberi serbuk berwarna-warni untuk dilempar sesama sendiri dan pengalaman bermandikan warna dapat dirasai semua oleh semua orang.