Pemain nombor 5 dunia dari Sepanyol, David Ferrer dan pemain nombor 18 dunia, Kei Nishikori dari Jepun mengesahkan penyertaan mereka dalam kejohanan Tenis Terbuka Malaysia Jelajah Dunia ATP yang bakal diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil dari 22 hingga 30 September nanti.

“David Ferrer merupakan pemain ranking tertinggi pernah menyertai Terbuka Malaysia setelah beraksi di separuh akhir Terbuka Perancis, suku akhir Wimbledon dan Terbuka Australia tahun ini, dan turut menjuarai kejohanan di Auckland, Buenos Aires dan Acapulco,” kata Nick Freyer, Pengarah Kejohanan.

Untuk rekod, David Ferrer ketika ini memimpin senarai kemenangan dalam Jelajah 2012 yang mana beliau telah memenangi lebih banyak perlawanan daripada mana-mana pemain lain, termasuk Novak Djokovic, Roger Federer dan Rafael Nadal. ”

Kei, yang memperolehi ranking tertinggi di Kuala Lumpur tahun lepas, buat pertama kali bermain di sini sebagai penerima wild card yang berkedudukan 170 pada tahun 2009.

“Kei termasuk dalam senarai 32 pemain akhir di Kejohanan Wimbledon dan jika prestasi baik ini berterusan, kami berharap Kei akan menyertai Terbuka Malaysia nanti di kedudukan 10 pemain terbaik pada September nanti,” tambah Freyer.

Terbuka Malaysia 2012 disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia manakala YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia menjadi penaung kejohanan.

“Terbuka Malaysia yang memasuki tahun keempat telah membina reputasi global di kalangan pemain dan peminat sebagai salah satu Jelajah Dunia ATP yang paling digilap, menyeronokkan dan mendapat penghormatan di 250 pertandingan ATP,” kata YB Dato ‘Sri Dr Ng Yen Yen selaku Menteri Pelancongan Malaysia.

Empat penaja utama yang baru turut diumumkan iaitu Rado, Corona, 100Plus dan Doubletree by Hilton Kuala Lumpur, menyertai penaja lain seperti Wilson, CNN International dan Astro yang menjadi hos penyiar rasmi.

Kejohanan ini akan disiarkan melalui televisyen di lebih 100 negara, termasuk Malaysia, untuk tontonan lebih kurang 350 juta peminat tenis.

Tiket untuk Terbuka Malaysia boleh dibeli melalui TicketCharge dengan menghubungi 03-92228811 dan juga melalui laman web kejohanan http://www.malaysianopentennis.com/2012/tickets.php

Harga tiket kekal kompetitif diantara RM10 kepada RM100, harga ini adalah antara yang paling rendah untuk menyaksikan mana-mana kejohanan Jelajah Dunia ATP.

Untuk info lanjut, boleh layari laman web rasmi www.MalaysianOpenTennis.com