Pemandu Ferarri, Sebastian Vettel menegaskan bahawa pasukannya harus memaparkan prestasi yang menyakinkan jika mereka mempunyai peluang untuk mengejar Lewis Hamilton dalam kejuaraan dunia Formula Satu (F1) musim ini.

Pemandu kelahiran Jerman itu ketinggalan 34 mata di belakang Hamilton dalam kedudukan keseluruhan, hanya mampu meraih empat kemenangan berbanding tujuh kemenangan milik Hamilton dengan baki lima perlumbaan sahaja lagi.

Vettel dilanda nasib malang dalam dua perlumbaan terakhir di Singapura dan Malaysia, tersingkir di pusingan pembukaan di Singapura, namun bangkit untuk menduduki tangga ke empat di Sepang selepas memulakan perlumbaan di petak terakhir.

Pada bulan lalu, Vettel tiba ke Grand Prix (GP) Itali di kedudukan teratas tetapi kehilangan 41 mata kepada Hamilton dalam tiga perlumbaan terakhir.

Sebaliknya, juara empat kali itu boleh mengambil positif daripada persembahan Ferrari di Malaysia, mencatat rekod pusingan terpantas dengan masa 1:34.218s.

Foto Kredit: Pinterest