Kemenangan keempat dirangkul FELDA United selepas membelasah Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dalam aksi Liga perdana di Stadium Majlis Perbandaran Pasri Gudang (MPPG), semalam sekaligus menguatkan lagi kedudukan FELDA United yang berada dalam kedudukan teratas liga.

Babak pertama menyaksikan rembatan bola Damasceno Murilo mencemaskan gawang gol FELDA United pada minit keempat namun sempat ditampan oleh Farizal Harun.

Pada minit kelapan, jaringan gol pertama diraikan pasukan FELDA United selepas Gilberto Fortunato menggasak terus bola umpanan Thiago Augusto ke dalam gawang gol JDT II.

Walaupun tuan rumah melipat gandakan asakan tetapi sekali lagi penjaga gol JDT II, Samuel Sommerville dikejutkan dengan jaringan gol padu menerusi Wan Zack Haikal Wan Nor apabila banteng pertahanan tuan rumah leka selang dua minit kemudian.

Wan Zack Haikal meraikan gol hasil jaringan beliau- Foto: Felda United

Asakan demi asakan diberikan kedua-dua pasukan namun, pengadil perlawanan, Atan Aman tidak konsisten dalam membuat keputusan dan aksi perlawanan juga tidak berjalan dengan lancar akibat kegagalan mengawal perlawanan dengan baik.

Junior Eldstal dilihat menarik seluar pemain penyerang FELDA United, Gilberto Fortunato- Foto: FELDA United

Babak kedua bersambung apabila terjahan keras bola dari Nicolas Fernandes sekadar angin apabila bola itu singgah hanya di palang gol.

Ketinggalan dengan dua gol, tuan rumah terus menggasak ganas untuk merapatkan jurang dan pada minit ke-58, penjaga gol FELDA, Farizal Harun tewas dengan tampanan bola tandukan Che Rashid Che Halim hasil dari sepakan sudut tepat menerusi Fernandez.

Pada minit ke-68, anak didik B Satiananthan menghukum anad didik Benjamin Mora apabila pemain gantian, Wan Amirul Afiq memberi sepakan lintang bola terus menuju ke Augusto untuk menyudahkan jaringan gol yang ketiga.

Tidak terhenti disitu, aksi berbaki lima minit terus diguna sebaik mungkin oleh pasukan FELDA United memberi peluang kepada pemain gentian Christie Jayaseelan menghasilkan jaringan gol terakhir menewaskan Farizal Harun.

Malam yang hangat itu menyaksikan malam yang penuh indah buat FELDA United dengan kemenangan 4-1 di gelanggang lawan.

Foto Kredit: Felda United