Felda United tidak menghadapi masalah besar untuk mencatat kemenangan selesa 3-0 keatas Pulau Pinang dalam saingan Liga Perdana yang berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak semalam.

Tiga gol Felda hadir menerusi Gilberto Fortunota yang menjaringkan dua gol pada minit ke-12 dan minit-20. Christie Jayaseelan memastikan pasukan Felda mengutip tiga mata penuh apabila menjaringkan gol minit ke-86.

Kemenangan skuad Sathianathan ini membolehkan mereka terus memperkukuhkan cengkaman setelah mencatat tiga kemenangan.

Pasukan Felda yang di turunkan dari Liga Super sudah tentu ingin memburu kejuaraan untuk layak ke Liga Super musim hadapan.

Bagi pasukan Pulau Pinang, ini merupakan kekalahan kedua mereka dalam tiga perlawanan Liga Perdana dan ini sudah tentu satu permulaan yang tidak begitu baik untuk skuad kendalian Zainal Abidin Hassan.

Selepas ini Felda akan menentang JDT II dan Pulau Pinang pula di jadualkan akan menentang PDRM pada 24 Februari ini.

Foto Kredit : FB FELDA UNITED FC