Roger Federer tewas pada pemain ‘ranking’ yang jauh lebih rendah pada saingan Terbuka Stuttgart, baru-baru ini.

Pemain veteran Jerman, Tommy Haas yang menduduki ‘ranking’ ke 302 juga merupakan rakan karib juara Grand Slam 18 kali itu.

Haas menjadi pemain ranking paling rendah yang berjaya menewaskan Federer sejak pemain di ranking ke-407, Bjoern Phau pada tahun 1999.

Dia akan menjadi pemain paling tua sekiranya mara ke separuh akhir, sejak Jimmy Connors melakukannya ketika berusia 40 tahun di San Francisco pada 1993.

“Perlawanan ini terlalu emosi kerana bermain menentang rakan karib namun saya berasa gembira dengan kemenangan ini,” kata Haas

Federer menerima tamparan hebat apabila tewas mengejut di tangan Haas 2-6, 7-6(8), 6-4.

Ini merupakan kekalahan kedua Federer sepanjang beraksi dalam kejohanan musim ini.

“Saya perlu terima hakikat bahawa Haas telah beraksi lebih baik.” kata Federer sejurus tamat perlawanan.