Roger Federer menjuarai Shanghai Master dengan berjaya mengatasi musuh tradisinya, Rafael Nadal 6-4, 6-3 semalam menerusi pertembungan antara dua pemain bertaraf duia ini.

Federer kini seiring dengan legenda tenis Ivan Lendl dengan mencapai gelaran ke-94, dalam kejohanan ini juga adalah kemenangan ke-5 Federer terhadap pemain nombor satu dunia, Nadal.

Federer yang kini pemain nombor dua dunia, pantas meletakkan Nadal di bawah kawalannya di mana berjaya mematahkan servis di awal babak pertama permainan.

“Seronok berkongsi gelanggang dengan anda hari ini dan saya harap banyak lagi kejayaan menanti dalam baki kejohanan tahun ini.

“Satu penghormatan bermain menentang anda di sini, hari ini.”

“Kami tidak terfikir akan menempuhi tahun ini seperti mana yang kami lakukan, saya sendiri tidak percaya,” katanya.

Nadal mendahului rekod keseluruhan dengan 23 kemenangan berbanding Federer 14 namun ia tidak menjadi pada hari itu.

Foto Kredit: Daily Express