Federer pemain No. 1 paling tua

Jaguh dunia, Roger Federer memahat sejarah apabila muncul sebagai pemain tertua menduduki takhta No.1 dunia pada usia 36 tahun.

Beliau menewaskan Robin Haase 4-6,6-1,6-1 dan mara ke separuh akhir di Terbuka Rotterdam, sekaligus merampas kedudukan teratas dunia daripada musuh tradisi dari Sepanyol, Rafael Nadal.

Kemenangan tersebut menyaksikan Federer memintas rekod lagenda tenis Amerika Syarikat, Andre Agasi yang menduduiki takhta No.1 pada usia 33 tahun dan 131 hari pada 2003.

Pemilik 20 gelaran Grand Slam itu berkata,”Kejayaan ini sesuatu yang istimewa, saya tidak menjangkakan mampu kembali menjadi pemain No.1 dunia, ini adalah luar biasa.

“Apabila semakin berusia, anda perlu bekerja dua kali ganda dan bersaing mendapatkan tempat itu daripada peneraju sebelum ini.

“Ini adalah pengembaraan terbaik, kali pertama saya mendapat wildcard pada 1998, memang sangat bermakna”, kata Federer.