Pemanah kebangsaan yang juga mewakili Universiti Sains Malaysia (USM), Fatin Nur Fatehah Mat Salleh terpaksa menarik diri dalam Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2018 demi ASEAN GAMES.

Pada mulanya beliau mendahului dengan kedudukan pertama sehingga pertengahan set kedua. Namun pada pusingan keempat dan kelima, beliau tidak mendapat bidikan skor yang baik semasa keadaan angin agak kuat. Namun pada pusingan terakhir (keenam) beliau cuba untuk mendapat semula rentak tetapi sudah terlewat untuk mengekalkan tempat teratas.

“Ini merupakan bow (busar) baru saya yang baru sahaja guna pada hujung tahun yang lepas iaitu kira-kira lebih kurang empat bulan. Saya belum dapat menyesuaikan diri sepenuhnya dengan bow ini dan masih lagi mencari kelebihan dan kelemahannya.

Walaubagaimanapun, saya masih ingin mencubanya pada game SUKIPT ini, sedangkan peralatan yang biasa saya guna adalah semasa di Sea Games yang lepas. Apabila melakukan pemeriksaan selepas tamat pertandingan, jurulatih mendapati terdapat masalah pada bow saya (equipment failure). Oleh sebab itu, anak panah saya tersasar agak jauh daripada yang sepatutnya saya lakukan. Saya agak terkejut, namun kembali memberi tumpuan untuk meneruskan panahan sehingga tamat pertandingan,” kata Fatin.

Fatin yang turun dalam acara Compund wanita gagal menepati ramalan untuk menjuarai acara awal ini apabila sekadar berada di kedudukan keempat.

Tambah beliau, selepas mengambil kira pertandingan “test match” Sukan Asia yang akan berlangsung pada 9-16 Februari di Jakarta ini lebih penting, maka beliau mengambil keputusan untuk menarik diri untuk SUKIPT kali ini.

“Jika saya meneruskan juga, saya tidak mempunyai masa untuk mengganti semula “spare bow” yang berada di usm kubang kerian, kelantan.

Selepas tamat sahaja acara semalam, beliau terus ke airport untuk pulang ke Kota Bharu kerana telah kesuntukan masa untuk melakukan persiapan bersama skuad memanah dan beberapa sukan yang lain ke Indonesia nanti.