Connect with:




Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mula mengorak langkah awal untuk mempertingkatkan bola sepak wanita dengan mengadakan pertandingan Bola Sepak Wanita AFC pada 10 Mach nanti di padang wisma FAM, Kelana Jaya.

Ini merupakan satu perkembangan baik untuk bola sepak wanita kebangsaan dan salah satu peluang untuk mengesan bakat baru dalam sukan bola sepak wanita. Seperti kita tahu, pasukan bola sepak wanita kebangsaan agak suram dan agak ketinggalan dari negara jiran terutama dari negara ASEAN.

Di Malaysia, kita hanya ada beberapa sahaja kejohanan yang melibatkan wanita seperi Piala Tun Sharifah Rodziah, Liga KPM/PPBN/FAM B-16, Karnival Bola sepak Perempuan B-14 dan Liga Futsal Kebangsaan kategori wanita.

Malah ketika saingan Sukan Sea tahun lepas, pasukan kita tewas kesemua perlawanan. Dari segi perlawanan, kita dapat melihat bagaimana keupayaan skuad kita berbanding negara jiran. Dari segi ranking, Malaysia berada di kedudukan 75 dunia.

Moga bola sepak wanita kebangsaan mampu bangkit dan menjadi salah satu pasukan yang mampu memberi persaingan kepada pasukan lain terutama kepada pasukan dari ASEAN seperti Thailand, Vietnam, Myanmar dan Filipina.

Kredit Foto : FB Football Association of Malaysia (Official)