logo-FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) msih belum menerima laporan dari ATM dan Selangor ekoran insiden pergaduhan kedua-dua pasukan semasa pusingan pertama Piala FA, Jumaat lalu.

Setiausaha Agung FAM, Dato’ Azzuddin Ahmad berkata, setakat petang Selasa, beliau masih belum menerima laporan tersebut.

“Saya masih menunggu. Mungkin disebabkan cuti panjang sebelum ini menyebabkan pejabat ditutup dan mereka mengalami sedikit kelewatan dalam menghantar laporan itu.

“Bila dah dapat, FAM akan meneliti sebaik mungkin sebelum mengambil tindakan selanjutnya” kata Azzuddin yang ditemui selepas majlis pelancaran program Mencari Ramli musim kedua di Menara KL.

Dalam pada itu, FAM akan menganjurkan seminar khas buat pengadil-pengadil di Liga Malaysia pada bulan Februari ini selepas mutu pengadilan dipersoalkan beberapa pihak.

“Ini sebagai ulangkaji untuk mereka. Kita akan bagi mereka lebih teliti dalam membuat keputusan selain memberi gambaran lebih jels terhadap tugas dan tanggungjawab mereka” tambah Azzuddin.

“Walaubagaimanapun, kita harus faham. Pengadil juga manusia; mereka tidak lepas dari melakukan kesilapan. Namun kita akan tetapmempertibangkan untuk mengambil tindakan jika ada diantara mereka yang melakukan kesalahan” kata Azzuddin lagi.