Connect with:




Persatuan Bolasepak  Malaysia (FAM) mengumumkan telah menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain dan pegawai lapan pasukan Liga Malaysia (Liga M) iaitu PDRM, Felcra FC, MOF FC, DBKL FC, Felda United, Hanelang.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam memberitahu  secara keseluruhannya sebanyak RM2,517,959.40 hasil wang deposit dan lain-lain wang yang dipegang oleh Persatuan ini dikreditkan terus ke dalam akaun individu yang terlibat.

Namun, tunggakan gaji pemain dan pegawai bagi tiga lagi pasukan iaitu Felda United, Hanelang FC dan Marcerra United yang berjumlah RM1,339,359.40 sedang dalam proses pembayaran dan dijangka dapat dikreditkan terus ke akaun individu yang terlibat dalam beberapa minggu lagi.

Tunggakan bagi pasukan PDRM telah pun dikreditkan terus ke akaun individu yang terlibat pada 19 Februari 2019, bagi pasukan Felcra FC, MOF FC dan DBKL FC pada Selasa lalu, 5 Mac 2019 dan bagi pasukan Terengganu City FC, 7 Mac 2019.

Stuart juga menegaskan bahawa baki tunggakan gaji pemain dan pegawai yang masih ada tetap perlu diselesaikan oleh pasukan-pasukan berkenaan.

“Bagaimanapun, ia bukan bermakna bahawa keseluruhan tunggakan gaji pemain dan pegawai berkenaan telah pun diselesaikan kerana jumlah tunggakan yang dinyatakan ini adalah berdasarkan jumlah wang deposit dan lain-lain wang yang dipegang oleh FAM ke atas setiap pasukan yang terlibat.

Sementara itu, skuad Singa Utara tiada dalam senarai lapan pasukan yang me­nerima bantuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Hal ini kerana situasi Perlis berbeza dengan kesemua lapan pasukan terlibat kerana duit yang digunakan FAM untuk menyelesaikan tunggakan gaji  menggunakan sumber sumber lain seperti deposit pendaftaran serta wang kemena­ngan dan bukan daripada geran.

Duit geran Perlis tiada kaitan dengan FAM dan ia berada sepenuhnya di tangan MFL.

Keputusan sama ada Perlis meraih duit geran atau tidak akan diketahui minggu hadapan.

“FAM turut berharap agar pasukan-pasukan terbabit menghargai usaha yang dilakukan ini kerana ia telah mengurangkan sebahagian tunggakan yang perlu dijelaskan, seterusnya mereka juga perlu memiliki rasa tanggungjawab untuk menyelesaikan baki tunggakan kepada pemain dan pegawai yang terlibat ini.” katanya dalam siaran akhbar.