Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengenakan hukuman penggantungan selama 18 bulan ke atas pengendali pasukan Pahang, Dollah Salleh daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bolasepak kelolaan atau anjuran FAM.

Dollah turut didenda sebanyak RM 30,000.

Keputusan tersebut dikeluarkan FAM atas kesalahan melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama dengan Artikel 88 Statut FAM akibat tindakannya yang membuat kenyataan/komen di ruangan media berhubung isu yang melibatkan FAM tanpa kebenaran.

Dollah telah meluahkan kekecewaan terhadap mutu kepengadilan ketikan Pahang bertemu Felda United di Stadium Tun Razak, Jengka pada 1 Julai lalu.

Jawatankuasa Tataertib FAM bagaimanapun memutuskan untuk menggunapakai Artikel 35 Kod Tatatertib FAM di mana Defendan dikenakan penggantungan selama 9 bulan pertama dahulu (dari 21 Julai 2017 hingga 20 April 2018).

Baki 9 bulan kedua (21 April 2018 hingga 20 Januari 2019) adalah ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kepada kelakuan baik Defendan. Jika kesalahan yang sama berulang dalam tempoh 12 bulan selepas penggantungan pertama, maka hukuman penggantungan 9 bulan kedua akan dikuatkuasakan serta-merta terhadap Defendan. Hukuman ini boleh dirayu

Dollah bagaimanapun boleh membua rayuan ke atas hukuman tersebut.

 

FOTO: Pahang FA