Connect with:




Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuarat khas kali pertama bagi penggal 2017-2021 pada hari ini telah mengarahkan Persatuan Bolasepak Pahang (PB Pahang) agar membayar tunggakan gaji bekas pemain mereka, Kiko Insa.

Menurut kenyataan dari FAM, sebahagian tuntutan telah diterima selepas kontrak pemain tersebut ditamatkan secara sah. Bagaimanapun, PBNP masih perlu menjelaskan baki tunggakan sebanyak USD 30,000 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

Jika Pahang gagal membayar jumlah yang dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi. Keputusan tersebut bagaimanapun boleh dirayu.

Dalam perkembangan yang sama, FAM turut mengarahkan Kelab Sukan DBKL membayar tuntutan tunggakan gaji kepada 13 orang pemainnya berjumlah RM 184,000.