Untuk meraikan tahun baru, pasukan disebalik tabir Fallout 4: New Vegas mod baru-baru ini mengeluarkan video baru (melalui PC Gamer) yang mempamerkan hasil kerja mereka setakat ini.

Kita dapat melihat jalan cerita permainan dari New Vegas kerana pemain memasuki perimeter Goodsprings, di mana pemain akan bermula di bandar zaman dulu di dalam permainan ini.

Kami juga dapat melihat beberapa pertempuran terhadap peneroka miskin yang hanya memikirkan perniagaan mereka, yang menunjukkan sistem Karma kini kembali.

Semua ini berlaku sewaktu musik dari Radio New Vegas bermula dari Pip-Boy.

Walaupun video ini hanya menawarkan gambaran, matlamat mod bukan hanya untuk membawa unsur-unsur New Vegas ke Fallout 4, tetapi untuk memindahkan keseluruhannya ke Fallout 4’s Creation Engine.

Malangnya, masih menjadi tanda tanya bila tarikh pelancaran permainan ini dan peminat boleh mengikuti perkembangannya penghasilan permainan ini di halaman rasmi Facebook mod itu.

Foto Kredit: YouTube