Kelab tertua di Asia

Meujuk di bawah adalah kelab yang masih lagi aktif dan bermain dalam liga profesional.

1) Tehran Esteghlal : Kelab Republik Islam Iran ini dibentuk pada tahun 1945 menjadikan mereka kumpulan tertua di Liga Pro Iran pada usia 71 tahun

2) San Cornetian Hiroshima’s Toyo Kogyo Soccer Club : Kelab yang dibentuk pada tahun 1938 yang bermain dalam Liga Jepun menjadikan mereka lapan tahun lebih tua daripada Esteghlal.

3) Jeddah Al Ittihad: Ditubuhkan pada tahun 1927, pemenang Liga Juara-Juara Asia AFC sebanyak dua kali itu telah menyambut ulang tahun ke-90 pada Januari lepas.

Namun terdapat beberapa pasukan yang telah lama ditubuhkan sejak zaman penjajahan.

1) PSM Makassar : Kelab tertua Indonesia ditubuhkan pada 1915 yang dikenali sebelum ini sebagai Bond Makassar Voetbal ketika Indonesia dikenali sebagai Hindia Belanda. Pada tahun 1940-an nama ditukar kepada PSM Makassar. Kelab yang masih aktif dalam liga Indonesia itu telah memenangi lipa pada tahun 2000.

2) Mohun Bagan : Kelab ini telah diasaskan lebih 127 tahun lalu. Kelab ini ditubuhkan pada tahun 1889 sebagai kelab sukan Mohun Bagan merupakan salah sebuah kelab di India dan tertua dalam AFC.

3) Kelab Bola Sepak Hong Kong : kelab ini mungkin yang tertua dalam piala AFC apabila ianya ditubuhkan pada 1886. Pada asalnya kelab ini hanyalah kelab sosial ahli perseorangan untuk bermain kesatuan ragbi dan bola sepak. Namun mereka sering kali berada di Division Pertama Hong Kong dan memenanginya pada tahun 1920.

 

Foto Kredit: AFC.com