Pemain beregu lelaki negara, Fairuzizuan Mohd Tazari dan Mohd Zakri Latif mara ke pusingan kedua kejohanan Yonex Badminton ALL England di National Indoor Arena, Birmingham apabila mudah menewaskan lawan mereka, Michael Fuchs dan Oliver Roth dari German dengan 21-19, 21-11 dalam masa 30minit.

Sementara itu tiga beregu wanita Malaysia sudah terkeluar dari saingan selepas tumpas kepada lawan masing-masing di pusingan pertama. Chin Eei Hui dan Wong Pei Tty tewas kepada pasangan China, Tian Qing dan Zhao Yunlei dengan 21-17, 21-14.

Pasangan Goh Ying Liu – Lim Loo Yin pula tewas kepada pasangan Denmark, Christina Pederse – Kamilla Rytter dengan 21-16, 21-16.

Satu lagi pasangan wanita, Vivian Hoo dan Woon Khe Wei memberi tentangan sengit sebelum tewas dengan 3 set kepada pasangan Taiwan, Poon Lok Yan – Tse Ying Suet dengan 16-21, 21-19, 21-18 dalam masa 59 minit.