Connect with:




Pengendali Kuala Lumpur, Fabio Maciel menjadi mangsa seterusnya direhatkan dari kedudukan ketua jurulatih setelah baru 1 perlawanan Piala Malaysia bermula.

Perkara ini dijelaskan oleh sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dan merupakan tindakan drastik dari mereka setelah The City Boys tewas 1-5 kepada Terengganu dalam perlawanan pembukaan Piala Malaysia 2018 hujung minggu lalu.

Untuk rekod, jurulatih dari Brazil itu mengambil alih Kuala Lumpur pada musim lepas ketika pasukan berada di kedudukan ke-8 liga sebelum membawa mereka menjuarai Liga Perdana 2017 dengan 12 daripada 14 kemenangan. Musim ini skuad warga kota itu menamatkan saingan Liga Super di kedudukan ke-10 selain menjadi pasukan tunggal yang menewaskan JDT dalam liga.

Musim ini sudah 5 jurulatih dari pasukan Liga Super direhatkan iaitu Ramon Marcote (Kedah), Sathit Bensoh (Kelantan), Azraai Khor (Negeri Sembilan), Eduardo Almeida (Melaka United) dan P Maniam (Selangor).

Tempat Fabio untuk mengendalikan pasukan ketika ini bakal diambil alih oleh pembantunya, Chong Yee Fatt.