Connect with:




 

Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) mengenakan denda 6,000 pound (RM31,885) ke atas penolong jurulatih Chelsea, Marco Ianni susulan reaksinya yang agak keterlaluan meraikan jaringan pasukan di hadapan bangku simpanan Manchester United.

Perlawanan yang menyaksikan keputusan berakhir seri 2-2 itu menyaksikan tingkah laku Ianni yang meraikan gol penyamaan Ross Barkley berdepan United di Stamford Bridge pada 20 Oktober lalu.

Kekecohan mula tercetus apabila pengendali Manchester United, Jose Mourinho bengang dengan tindakan Ianni menyebabkan dia mengejar jurulatih berkenaan sehingga ke dalam terowong.

“Tindakan Ianni pada minit ke-96 adalah tidak wajar dan jurulatih Chelsea itu menerima denda sebanyak 6,000 pound sejurus dia mengaku bersalah terhadap dakwaan salam laku oleh FIFA,” ujar FA dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Mourinho menerima permohonan maaf daripada Ianni dan Sarri dan pengendali United itu menganggap perkara berkenaan sudah selesai namun pihak FA tetap mendenda Ianni.

Dalam perkembangan yang sama, Mourinho turut mendapat peringatan FA tentang tanggungjawabnya berikutan insiden tersebut.

Foto: Reuters